Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Friday, September 26, 2008

TIPS Meningkatkan Prestasi Komputer/Laptop Anda 1

Sepanjang hampir setahun berkecimpung dalam bidang servis komputer, pelbagai ragam pengguna komputer yang saya temui. "bang..tolong format laptop saya ni bang.Ada virus.."begitulah aduan yg sering saya temui dikalangan pelajar-pelajar. tidak kurang juga aduan dari kalangan pensyarah yang lebih kurang macam ni la nada beliau "dik, tolong repair PC saya ni ye..saya xmau format..tapi tak tau macamana saya nak PC saya ni laju.."kata seorang pensyarah semasa saya berkhidmat di fakulti ekonomi dulu.

Biasanya virus lah yang dipersalahkan walaupun kadang-kadang virus langsung tidak bersalah dalam soal ini. Mereka hanya diperkotak-katikkan oleh golongan-golongan tertentu. Jadi, sukalah saya disini untuk berkongsi sedikit sebanyak tips yang mungkin boleh membantu anda sekaligus juga boleh membantu anda untuk mengelak daripada mem’format’ peranti anda:

Clean disk error
Apabila sesuatu program itu rosak(crash) ataupun anda mengalami masalah gangguan bekalan kuasa, computer anda mungkin akan mengakibatkan kerosakan pada hard disk anda. Kerosakan yang sebeginilah sebenarnya asas kepada kelembapan computer anda tersebut. Jadi, jom kita cuba atasi masalah tersebut dengan cara yang paling mudah dahulu iaitu dengan “Disk Check”.

- pada Start menu, klik My Computer
- di My Computer dialog box, right klik pada pemacu(drive contohnya seperti c: atau d:) yang anda ingin perbetulkan itu, kemudian klik Properties.
- Pada Properties dialog box, klik pada tab Tool. Di Error-Checking seksyen, tekan butang Check Now. Dialog box yang seperti berikut akan dipaparkan:


- Pada dialog box tersebut, klikkan pada kedua-dua radio button tersebut. Kemudian tekan Start.

Okes, itu sahaja tips yang paling asas pada kali ini. Semestinya artikel ini akan bersambung lagi dengan tips yang seterusnya. Selamat mencuba!!

Berjayakah "KafAlifMim" mendaki puncak?



‘Kafa-Lif-Mim’ sekali tengok, itulah sebutan yang kita akan baca url blog ini. Namun hakikatnya, sebutan yang betul adalah mengikut tulisan jawi iaitu ‘kaf-alif-mim’. ‘Kam’ begitulah bacaan yang sebetul-betulnya. Tidak pernah pula saya bertanya tentang kenapa nama itu yang dipilih sebagai trade mark blog beliau, tapi dari naluri kecil saya dapat mengagak yang nama url ini dipilih berdasarkan nama beliau yang lebih senang dipanggil “Kak Kam”.

Penulis blog ini sebenarnya merupakan senior saya dalam PMIUPM yang kini juga rakan sekerja sambilan saya di kedai ADE. Apa yang menariknya dalam blog beliau ialah penulisan yang dicetuskan cukup menarik sekali. Susunan ayat dan itonasi yang ditintakan dalam tulisan beliau dapat mengajak pembaca sama-sama melalui pengalaman yang beliau alami. “Mendaki Puncak Cinta Teragung”, begitulah tagline yang digunakan beliau yang bagi menggambarkan isi hati dan pembawaan beliau dalam menjayakan blog beliau ini.

Susunan dekorasi yang simple tapi sedap mata memandang akan menghiburkan lagi para pengikut blog beliau. Isi kandungan yang saya kira lebih banyak kepada perkongsian pengalaman dan informasi amat baik bagi pembaca-pembaca untuk mengambil sedikit sebanyak teladan sebagai pedoman. Dengan itu semoga usaha murni beliau ini akan dapat diteruskan sehingga akhir hayat walaupun pembaca sekalian sedar akan tanggungjawab yang lebih berat yang perlu dipikul beliau dalam mendaki puncak cinta teragung yang sememangnya lebih penat dari mendaki puncak Kinabalu. Kepada para pembaca sekian, jangan lupa untuk singgah di laman blog yang saya kira agak unik ini di http://kafalifmim.blogspot.com.

Thursday, September 25, 2008

KERAJAAN MALAYSIA HARAMKAN PAKAI TUDUNG DI KALANGAN PELAJAR??

Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadik dengan Malaysia hari ini… Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia.

Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan. Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang.




Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan Nampak . Adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini. Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.


MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi.
Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... . pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. hahaaaaha!! Sekadar hiburan!! :p

JOM MAKAN DAGING SEDARA KITA!!

"nampak cam best jugak video ni..." detik hatiku pabila bersiar-siar di laman YouTube..biasa la, boring-boring tengah tepu utk siapkan projek WiFi sistemku yang tengah stuck ari tu...

asalnya sekadar nak cari sedikit hiburan dihati je, tapi bila tengok video ini, rupa-rupanya ia penuh dengan pengajaran dan peringatan kepada diri yang tak seberapa ini...isu yang cuba diketengahkan oleh klip video ni diolah dengan begitu baik sekali. penuh dengan mesej yang tersirat. dibantu juga dengan teknik fotografi yang aku kira agak bagus..tahap filem la. apapun,tahniah kepada yang menghasilkan klip video peringatan ini yang semestinya bukan dihasilkan di negara ini..layann..!!




Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar. Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ) . Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).

Wednesday, September 24, 2008

PELIK TAPI BENAR BULAN PUASA

Sekarang ni kita semua telah berada di fasa 10 malam terakhir di bulan ramadhan. Namun, sepanjang berada dalam bulan puasa tahun ini, banyak perkara-perkara berbangkit yang masih menjadi persoalan dikalangan rakan-rakan . Maka, berbekalkan ilmu pengetahuan serta kajian yang dibuat melalui internet dan juga melalui pertanyaan kepada orang yang lebih alim, beberapa perkara yang boleh dikatakan pelik tapi benar mengenai puasa yang dapat dirungkaikan. Antaranya:-

• Kita boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan juga apakah kaitannya ‘menggali’ hidung atau telinga dengan puasa? Tidak pastilah kalau ada dikalangan kita yang mengorek hidung lalu terasa kenyang diperut beliau.
• Kita boleh makan walaupun telah masuk waktu imsak iaitu lebih kurang 10minit sebelum Subuh. Kita hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu Subuh. Rasulullah bersabda “ Fajar ada dua jenis. Fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat dan fajar yang kamu tidak dibolehkan makan”[riwayat al-Hakim dan Ibn Khuzaimah]

• Kita tak perlu melafazkan niat “nawaitu sauma ghadin…” mahupun menyanyi lagu Raihan ‘ Puasa dulu baru Raya’ kerana Nabi s.a.w tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila kita bangun sahur, ia membuktikan kita dah ada niat untuk berpuasa, jika tidak, buat apa kita bersusah payah bangun sahur?
• Tidak makruh menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan..apatah lagi menggosok baju..

Perkara yang pelik (bagi sesetengah orang la..) tidak bererti salah. Hal-hal ‘pelik’ di atas telah ulama seperti syeikh Yusuf al-Qaradhawi sebut dalam kitab-kitab beliau..

MISTERI ANGKA

SELALU ada misteri, pertanyaan, magis, dan juga makna yang tersembunyi di sebalik angka-angka. Mengapa, misalnya, angka 13 menimbulkan penyakit triskaidekaphobia (takut pada angka 13) pada kebanyakan orang; mengapa kita sering menyebut '1001 masalah' untuk banyak persoalan; mengapa kita mengatakan 'kekayaan untuk 7 keturunan' bagi menggambarkan harta yang melimpah; apa erti angka maskulin dan feminin; apa keistimewaan angka 5; mengapa pemain bola sepak berjumlah 11 orang; misteri apa di sebalik 'keajaiban' angka 1 yang membawa pemahaman manusia pada Tuhan, dan sebagainya.



Prof. Annemarie Schimmel, pakar dalam bidang kajian agama dan peradaban dunia, cuba menguak misteri rahsia angka-angka itu dalam bukunya The Mystery of Numbers. Dengan bahan-bahan kajian kuno, setompok ayat suci, telahan yang luas dan mendalam, Schimmel telah membongkar berbagai rahsia sejarah angka-angka dalam berbagai peradaban kuno dan tradisi agama Islam, Yahudi, dan Kristian. Di samping itu, Schimmel turut memasukkan tradisi-tradisi India, Cina dan serba sedikit tradisi Maya. Schimmel juga menjelaskan secara terperinci simbolisme angka-angka orang-orang Amerika pra-Columbus, yang mengembangkan sistem-sistem astronomi, atau mengkaji angka-angka dalam peradaban Indian Amerika atau suku-suku Afrika.

Memang bidang numerologi dan daya magis angka-angka telah menarik perhatian manusia selama ribuan tahun. Matahari dan bulan, sebagai tanda-tanda dalam 'buku' agung alam semesta yang berfungsi mengukur kehidupan manusia ini, selalu menjadikan manusia merasa bahawa angka-angka adalah sesuatu yang bersifat khusus. Angka-angka itu bukan hanya mengelilingi dan menentukan ruang dan waktu dalam rumusan-rumusan abstrak, melainkan juga sebahagian daripada sebuah sistem hubungan-hubungan misterius dengan bintang-bintang dan berbagai fenomena alam lainnya. Generasi-generasi terdahulu selalu memandang fenomena-fenomena ini sebagai berkaitan dengan, atau mempersembahkan roh-roh, dewa-dewa, syaitan-syaitan. Mengetahui angka dan kekuatannya memungkinkan kita mampu menggunakan kekuatan itu untuk mendapatkan bantuan dari roh-roh, menggunakan ilmu sihir, atau membuat doa-doa menjadi lebih berkesan dengan mengulang-ulang mantera-mantera dalam jumlah tertentu. Pengetahuan tentang angka-angka juga tercermin dalam cerita-cerita rakyat dan kesusasteraan tinggi, bahkan dalam muzik yang dianggap memanifestasikan harmoni kehidupan.

Begitu 'tercipta' angka-angka membuktikan 'diri mereka' sebagai organisme yang hidup. Dengan daya dan segala keajaiban 'mereka' sendiri, 'mereka' menyebar ke berbagai sudut peradaban manusia tanpa mengenal batas geografi, suku, ras, atau budaya kecuali 'diri mereka' sendiri. Epistemologi itu yang kemudian menyakinkan banyak pengkaji numerologi, juga ahli fizik, bahawa angka-angka secara hakikat tidak lain adalah kemestian hukum Tuhan, sunnahtullah, sebagaimana alam semesta raya yang tidak terbatas ini.

Dari sudut itulah, kajian Schimmel ini menarik dan menyakinkan sejak zaman kuno, peradaban manusia terus-menerus diperkaya sepanjang sejarah secara 'tulus'. Tidak ada dakwaan bahawa sebuah penemuan adalah hak milik seperti sekarang. Oleh kerana itu, dalam wilayah karya cipta, orang-orang sekarang 'terhutang budi' kepada Phythagoras (lahir pada abad ke-6 Sebelum Masehi) yang menghasilkan karya tak ternilai dan tak terbatas waktu.

Dalam buku ini, Schimmel antara lain mengungkap berbagai warisan penemuan Phythagoras dan dilanjutkan kaum Phythagorean. "Puncak pemikiran Phythagoras adalah idea tentang 'keteraturan': keteraturan muzikal, keteraturan matematik, keteraturan kosmos, dan terakhir, keteraturan etika dan sosial," tulis Schimmel. Keteraturan menciptakan harmoni. Dan harmoni, jika diterjemahkan melalui angka-angka, tercipta justeru bilangan yang selalu terbatas kemampuannya hanya pada 'genap' dan 'ganjil'. Genap dan ganjil itulah sunnahtullah hukum mutlak Tuhan.

Di sinilah, makna falsafah sebenarnya atas misteri angka-angka yang terbatas tetapi sekali gus mengandungi 'ketakterhinggaan', di luar jangkauan akal-akal fikiran manusia. Di bawah bab the number of the primordial being dalam buku ini, Schimmel menguak misteri angka 1 melalui mata batin keagamaan. Angka satu disebutnya sebagai simbol ideal daripada Tuhan kerana Tuhan adalah roh yang dengan sendirinya tidak mempunyai sifat-sifat material. Juga tidak punya lawan. Satu 'Mutlak' dan 'Satu' yang khas wujud-Nya.

Di samping huraian-huraian serius tentang misteri di sebalik angka-angka, sistem-sistemnya yang kompleks dan rumit, buku ini menjelaskan permainan angka-angka yang menakjubkan. Jumlahnya tidak terhingga, dan banyak di antaranya yang sangat lucu dan indah. Misalnya, kita boleh membuat pohon angka dengan mendarabkan dan menambahkan angka-angka tertentu: 1x 9 + 2 =11; 12 x 9 + 3 =111; 123 x 9 + 4 =1111; 1234 x 9 + 5 = 11111...dan seterusnya, sampai mencapai 123456789 x 9 + 10 = 1111111111. Ada pula permainan kotak magis yang diperoleh Maharaja Yu yang hidup di zaman Cina kuno (2198 Sebelum Masehi). Menurut cerita Kung Fu Tze, maharaja ini pernah membina empangan di Sungai Kuning untuk mencegah banjir. Ketika maharaja sedang duduk termenung di tepi sungai itu, muncul kura-kura dewa bernama Hi, yang di punggungnya terdapat sebuah gambar. Jika ditranskripkan dengan angka-angka moden, gambar itu menjelma menjadi kotak magis.

Titik pusatnya adalah angka 5, yang sangat dihormati masyarakat Cina kuno. Biarpun dibolak-balik seperti apa; - garis horinzontal, vertikal, dan diagonalnya, selalu berjumlah 15. Dengan berbagai variasi kotak dan angka-angka, kita mampu menyusun permainan berbagai kotak magis yang inspirasinya diperoleh daripada banyak tradisi bangsa-bangsa kuno.

Daripada permainan-permainan angka seperti itulah, jangan hairan jika kemudian tercipta banyak sekali peranti canggih seperti komputer atau sistem digital yang kita kenal sekarang ini. Lebih menarik lagi, buku yang tergolong unik ini juga menyajikan banyak ilustrasi, gambar kuno, dan simbol-simbol yang bukan sahaja mengagumkan, tetapi juga mencabar untuk dikaji lebih mendalam.

ZickreeWorld bukan sekadar dunia biasa

Assalamualaikum...
Sebagai pengenalan, ruang 'Prebiu' ini merupakan ruang komen serta pendapat peribadi aku mengenai laman web, blog, karya, album mahupun apa-apa sahaja bentuk media yang terdapat diseluruh dunia online ini. Jom ikuti komen aku mengenai laman-laman terpilih..zass!!

ZickreeWorld bukan sekadar dunia biasa

Zickreeworld (http://zickreeworld.blogspot.com) merupakan laman blog yang dihasilkan oleh sahabat baik aku sejak dibangku sekolah menengah lagi iaitu Zikri Zain (tiada kena mengena dgn Ziana Zain/Anuar Zain). Dalam blog beliau yang juga mengetengahkan pendapat serta catatan peribadi beliau tentang beberapa isu masa kini mahupun perjalanan hidup beliau sendiri.



Apa yang menariknya dalam blog beliau adalah bagaimana beliau cuba mengolah bakat seni beliau dan diadaptasikan dalam blog beliau yang aku kira agak menarik dan segar. pembawaan blog beliau yang agak santai serta boleh dikatakan 'evergreen' cukup menyenangkan hati pembaca-pembaca blog beliau. Tema yang dibawa beliau iaitu 'Biar tangan bercakap.Mulut tak penat.hati tak sakit' cukup untuk menggambarkan penampilan beliau yang sempoi serta selamba.

Antara kategori@topik yang dibincangkan beliau ialah Cerita Budak Sekolah (komik@kartun), Designing, Idea zickree, Software, zickreebisnezz, zickreemusick bolehlah dilayari di blog beliau. diharapkan semoga beliau berjaya untuk mengembangkan blog beliau lantas mewarnai dunia Blogging yang semakin popular ini. Jangan lupa untuk melayari Zickreeworld di http://zickreeworld.blogspot.com ..Adios!!

PENGENALAN


Amir Afiq Suainbon dilahirkan pada tanggal 30 Mac 1986 di Pasir Mas Kelantan . Beliau yang mendapat pengajian awal di Sek.Keb. Pasir Pekan serta Sek.Keb.Tapang dan kemudiannya mendapat tawaran untuk belajar di Sek. Men. Sains Tengku Muhammad Faris Petra,Kelantan. Minat serta kecenderungan anak muda kelahiran Negeri Serambi Mekah ini dalam bidang komputer telah membawa beliau untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Sains Komputer di sebuah Universiti tempatan. Pengalaman beliau dalam bidang seni semasa di bangku sekolah dahulu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada beliau untuk cuba mengadaptasikan cabang seni dalam kemahiran komputer beliau.

Beliau yang berpegang kepada prinsip "Disebalik wajah yang cantik, terselindung tengkorak yang hudoh" percaya setiap insan mempunyai cara tersendiri dalam memenuhi keperluan diri serta tuntutan agama dan Ilahi dalam perjalanan hidup. Setiap manusia berhak memilih pembawaan/uslub masing-masing bagi merealisasikan tuntutan Allah serta agama Islam asalkan tidak melanggar batasan agama.

Keluarga, Ibu Bapa dan yang paling penting Allah adalah keutamaan beliau.

Recent Info

Lokasi :- Seri Kembangan, selangor

Status :- Bujang

Pekerjaan :- Computer Applied System and Eng. (CASE) | IT Support Engr. |
Dec 08 - Mac 09

Celestra Network Comm. (CNC)| Network engr. |
Mac 09 - now