Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Thursday, October 9, 2008

Puasa dan Terus Berpuasa




Semacam tahun-tahun yang lalu, bila tiba je pagi raya musti je rasa kekok sebab dah tak payah puasa. Memang tak payah pon puasa, tapi memandangkan dah ‘terbiasa’ puasa selama sebulan ni, rasa len macam la. Mesti ramai yang rasa cam saya ni kan..em,xpe la. Sebab tu la Allah bagi peluang untuk hamba-Nya sambung lagi puasa di bulan Syawal ni. Di tengah-tengah orang duk sibuk nak pergi rumah terbuka dan berseronak-seronak. Tapi yang besnya puasa di bulan Syawal ataupun nama sainstifiknya ‘Puasa 6’ ni banyak fadhilat-fadhilat tertentu. Haa..meh nak kongsi sket pasal fadhilat Pose 6 nih..

Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh." Alamak, besnye dapat pahala puasa penuh setahun…jadi maknanya, kalau kita dah lengkap puasa 6, lepas ni dah tak payah la nak fakir puasa sunat lagi dalam masa setahun. (ni kira yang paling malas giler la ni…)
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Molek sangatlah jika kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, dapat la jugak memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan hangpa melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah hangpa keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

No comments: