Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Wednesday, October 8, 2008

Antara Masjid dan Kuil


“Eh bangunan apa ni? Nak kata kuil bukan macam kuil, bangunan pejabat kebudayaan ke?macam masjid pun bukan…” semestinya persoalan yang seakan begitulah akan bermain di fikiran pengguna jalan raya yang menuju ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan apabila melintasi sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan ni tepi jalan utama menuju ke Pekan Rantau Panjang. Masjid Cina ataupun Masjid Cina, itulah nama jolokan yang diberikan oleh penduduk setempat kepada Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang baru-baru ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid tersebut yang diilhamkan sendiri oleh Tuan Guru.



Masjid ini menggabungkan seni budaya cina dan Thailand yang menjadi symbol perpaduan masyarakat Kelantan yang melangkaui batas bangsa. Apa yang menariknya masjid tersebut diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke ajk-ajknya. Inilah hikmah disebalik pembinaan masjid yang bagi saya cukup unik apatah lagi apabila masjid tersebut dibina di negeri Kelantan yang majority penduduknya adalah Melayu. Tuan Guru sendiri semasa majlis perasmian masjid tersebut menjadi makmum yang umumnya mengetahui mana-mana kunjungan Tuan Guru ke masjid-masjid beliau akan menjadi imam.

Saya sendiri juga sempat menunaikan solat Isyak dan solat sunat aidilfitri di masjid berkenaan sempena cuti hari raya yang lalu. Suasana menunaikan solat di Masjid Jubli Perak amat meriah sekali pada hari raya yang lalu. Manakan tidak, anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung di sekitar Rantau Panjang mengambil kesempatan untuk menunaikan solat di masjid berkenaan walaupun terpaksa solat beralaskan tikar kerana jemaah yang terlalu ramai ditambah pula pembinaan yang masih belum siap sepenuhnya. Paling best, selepas solat sunat aidilfitri, diadakan juga jamuan hari raya diperkarangan kawasan masjid berlatarkan suara latar oleh tok imam masjid berkenaan (cakap pelat cina Kelantan..hehehehe) yang bertindak sebagai DJ.



Mengimbas kembali beberapa bulan lalu, masjid ini pernah dijadikan bahan kontroversi oleh Barisan Nasional sebelum menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu yang mendakwa projek pembinaannya terbengkalai. Apapun, inilah hasilnya apabila sesebuah masjid yang dibina atas dasar iman dan taqwa, bukan dasar kemegahan serta kebanggaan semata-mata.

2 comments:

Anonymous said...

Bla kawe nk g rantau panjang pulok...blh la g tgk sdri keadaan masjid 'mesra budaya tu'

Aremaf said...

bereh..demo nk gi rantau panjang oyak la ko kawe...