Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Tuesday, December 29, 2009

dah lama

salam..
dah lama tak update blog ni..
antara sibuk dan malas...?

Wednesday, August 19, 2009

+Ve atau -Ve ?

Sesekali bersiar-siar di alam maya ni banyak juga 'terserempak' dengan info-info baik dan buruk...tapi, satu video yg dipaparkan di sebuah laman web ini (15malaysia.com)amat menarik perhatian saya...klip video pendek yang dilakonkan oleh Namewee yakni pencetus kontroversi satu ketika dahulu melalui lagu Negarakuku, membuat saya berfikir sejenak....video klip ini membawa mesej yang positif ke atau negatif? Bagi saya, sampai saat dan detik ini masih tertanya-tanya sendirian tentang persoalan tersebut...bagi anda pula bagaimana?




link utk download video ini --> http://15malaysia.com/?dl_id=4

Monday, July 20, 2009

Antara Akon dan Aircond

Masih lagi saya ingat sekitar tahun 2005, lagu ‘Lonely’ nyanyian Akon menjadi antara lagu yang popular pada masa tersebut. Manakan tidak, anak buah saya yang berumur 3 tahun pun amat menggemari lagu Lonely tersebut yang menampilkan suara chipmunk sebagai suara latarnya. Sejak kemunculan lagu tersebutlah, saya baru sedar kemunculan Akon ini dipersada nyanyian dunia.

Akon atau nama sebenar beliau Aliaune Badara Akon Thiam merupakan seorang rakyat Senegal yang telah membina kariernya dalam bidang nyanyian di Amerika Syarikat. Sejak tahun 2004, beliau telah menghasilkan dua buah album setakat ini iaitu Trouble dan Konvicted yang mana kedua-duanya mengekalkan irama R&B.

Itulah cerita Akon yang baru saya kenali pada tahun 2005 melalui beberapa buah lagunya. Ini pula cerita mengenai ‘Aircond’ yang sejak dari celik mata di dunia ini saya kenali namun masih banyak saya kurang mengetahui mengenainya. Selalu juga hari-hari minggu ketika saya masih kecil, saya ikut ayah ke kedai untuk servis aircond kereta. Katanya bila masukkan gas, barulah aircond kereta ni sejuk. Baru best nak jalan jauh balik kampung ke Kedah. Namun, baru-baru ini, saya dapat satu e-mail daripada kakak saya mengenai aircond kereta yang sedikit sebanyak menyedarkan diri saya tentang kesan aircond kereta. Apa kesannya tu?

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran..

2

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

3

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila memasuki tubuh badan manusia.

Tuesday, May 26, 2009

Palestine’s Folder : Folder umat Muslim


Setelah sekian lama menyepi daripada mengemaskini laman blog ini, kali ini saya akan prebiukan sebuah laman blog yang tidak kurang pentingnya bagi kita yang bergelar muslim. Krisis penjajahan serta penindasan warga Palestin oleh kaum Yahudi sememangnya sudah sedia maklum. Saban tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan berita keganasan Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Bagi generasi millenia, akses kepada maklumat yang begitu mudah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, masih ramai tidak mendapat maklumat secukupnya tentang krisis di Palestin. Lebih daripada itu, tidak keterlaluan jika saya gambarkan bahawa masih ramai umat muslim khususnya di Malaysia tidak mengetahui secara terperinci tentang punca berlakunya krisis ini.

Dalam merungkai persoalan tersebut, W. A. Amir Zal, pengkaji Konspirasi Yahudi Antarabangsa tampil dengan pendekatan ‘blogging’ untuk membentangkan kepada umum sebahagian hasil kajian beliau tentang sejarah krisis Palestin sekaligus mendedahkan konspirasi Yahudi Antarabangsa. Walaupun input yang disajikan oleh moderator amat berat, namun beliau dilihat telah mencuba sedaya upaya untuk mengambil pendekatan yang paling senang dan santai dalam menyajikan fakta-fakta sejarah serta kronologi sebelum dan selepas peristiwa penjajahan haram Yahudi ke atas bumi suci Palestin.

Dengan menggunakan ‘Blogspot’ sebagai laman host, template yang ringkas menjadi pilihan moderator untuk laman blog tersebut. Ruang serta fungsi yang disediakan digunakan sebaiknya oleh beliau telah berjaya mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung yang pertama sekali mengunjungi laman beliau. Tempelan video-video serta foto-foto yang menarik sebagai bahan sokongan terhadap sesuatu isu yang dibincangkan menambahkan lagi minat pembaca untuk mendalami penulisan beliau.

Namun begitu, ketika ulasan ini ditulis, masih terdapat beberapa kekurangan pada laman blog beliau ini. Memandangkan isu yang cuba dibawa antara isu penting umat muslim masa kini, wajarlah sekiranya beliau menarik minat pembaca baru dengan header yang lebih menarik dan lebih segar, sesuai dengan tajuk blog ini; Palestine Folder. Selain daripada itu, moderator juga seharusnya menghadkan paparan artikel beliau kepada beberapa sahaja dalam satu halaman.(mungkin maksima 5 artikel sahaja dlm satu page). Beliau juga boleh menggunakan RSS Feed bagi memudahkan pembaca melihat senarai-senarai artikel yang sebelumnya jika tiada dalam halaman utama. Apapun, tahniah kepada moderator atas usaha beliau cuba member gambaran sebenar serta terkini tentang apa yang berlaku di salah satu tanah suci umat Islam. Semoga usaha beliau ini mendapat berkat dan pertolongan Allah s.w.t. Jangan lupa layari laman blog http://palestinefolder.blogspot.com