Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Tuesday, December 29, 2009

dah lama

salam..
dah lama tak update blog ni..
antara sibuk dan malas...?

Wednesday, August 19, 2009

+Ve atau -Ve ?

Sesekali bersiar-siar di alam maya ni banyak juga 'terserempak' dengan info-info baik dan buruk...tapi, satu video yg dipaparkan di sebuah laman web ini (15malaysia.com)amat menarik perhatian saya...klip video pendek yang dilakonkan oleh Namewee yakni pencetus kontroversi satu ketika dahulu melalui lagu Negarakuku, membuat saya berfikir sejenak....video klip ini membawa mesej yang positif ke atau negatif? Bagi saya, sampai saat dan detik ini masih tertanya-tanya sendirian tentang persoalan tersebut...bagi anda pula bagaimana?




link utk download video ini --> http://15malaysia.com/?dl_id=4

Monday, July 20, 2009

Antara Akon dan Aircond

Masih lagi saya ingat sekitar tahun 2005, lagu ‘Lonely’ nyanyian Akon menjadi antara lagu yang popular pada masa tersebut. Manakan tidak, anak buah saya yang berumur 3 tahun pun amat menggemari lagu Lonely tersebut yang menampilkan suara chipmunk sebagai suara latarnya. Sejak kemunculan lagu tersebutlah, saya baru sedar kemunculan Akon ini dipersada nyanyian dunia.

Akon atau nama sebenar beliau Aliaune Badara Akon Thiam merupakan seorang rakyat Senegal yang telah membina kariernya dalam bidang nyanyian di Amerika Syarikat. Sejak tahun 2004, beliau telah menghasilkan dua buah album setakat ini iaitu Trouble dan Konvicted yang mana kedua-duanya mengekalkan irama R&B.

Itulah cerita Akon yang baru saya kenali pada tahun 2005 melalui beberapa buah lagunya. Ini pula cerita mengenai ‘Aircond’ yang sejak dari celik mata di dunia ini saya kenali namun masih banyak saya kurang mengetahui mengenainya. Selalu juga hari-hari minggu ketika saya masih kecil, saya ikut ayah ke kedai untuk servis aircond kereta. Katanya bila masukkan gas, barulah aircond kereta ni sejuk. Baru best nak jalan jauh balik kampung ke Kedah. Namun, baru-baru ini, saya dapat satu e-mail daripada kakak saya mengenai aircond kereta yang sedikit sebanyak menyedarkan diri saya tentang kesan aircond kereta. Apa kesannya tu?

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran..

2

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

3

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila memasuki tubuh badan manusia.

Tuesday, May 26, 2009

Palestine’s Folder : Folder umat Muslim


Setelah sekian lama menyepi daripada mengemaskini laman blog ini, kali ini saya akan prebiukan sebuah laman blog yang tidak kurang pentingnya bagi kita yang bergelar muslim. Krisis penjajahan serta penindasan warga Palestin oleh kaum Yahudi sememangnya sudah sedia maklum. Saban tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan berita keganasan Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Bagi generasi millenia, akses kepada maklumat yang begitu mudah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, masih ramai tidak mendapat maklumat secukupnya tentang krisis di Palestin. Lebih daripada itu, tidak keterlaluan jika saya gambarkan bahawa masih ramai umat muslim khususnya di Malaysia tidak mengetahui secara terperinci tentang punca berlakunya krisis ini.

Dalam merungkai persoalan tersebut, W. A. Amir Zal, pengkaji Konspirasi Yahudi Antarabangsa tampil dengan pendekatan ‘blogging’ untuk membentangkan kepada umum sebahagian hasil kajian beliau tentang sejarah krisis Palestin sekaligus mendedahkan konspirasi Yahudi Antarabangsa. Walaupun input yang disajikan oleh moderator amat berat, namun beliau dilihat telah mencuba sedaya upaya untuk mengambil pendekatan yang paling senang dan santai dalam menyajikan fakta-fakta sejarah serta kronologi sebelum dan selepas peristiwa penjajahan haram Yahudi ke atas bumi suci Palestin.

Dengan menggunakan ‘Blogspot’ sebagai laman host, template yang ringkas menjadi pilihan moderator untuk laman blog tersebut. Ruang serta fungsi yang disediakan digunakan sebaiknya oleh beliau telah berjaya mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung yang pertama sekali mengunjungi laman beliau. Tempelan video-video serta foto-foto yang menarik sebagai bahan sokongan terhadap sesuatu isu yang dibincangkan menambahkan lagi minat pembaca untuk mendalami penulisan beliau.

Namun begitu, ketika ulasan ini ditulis, masih terdapat beberapa kekurangan pada laman blog beliau ini. Memandangkan isu yang cuba dibawa antara isu penting umat muslim masa kini, wajarlah sekiranya beliau menarik minat pembaca baru dengan header yang lebih menarik dan lebih segar, sesuai dengan tajuk blog ini; Palestine Folder. Selain daripada itu, moderator juga seharusnya menghadkan paparan artikel beliau kepada beberapa sahaja dalam satu halaman.(mungkin maksima 5 artikel sahaja dlm satu page). Beliau juga boleh menggunakan RSS Feed bagi memudahkan pembaca melihat senarai-senarai artikel yang sebelumnya jika tiada dalam halaman utama. Apapun, tahniah kepada moderator atas usaha beliau cuba member gambaran sebenar serta terkini tentang apa yang berlaku di salah satu tanah suci umat Islam. Semoga usaha beliau ini mendapat berkat dan pertolongan Allah s.w.t. Jangan lupa layari laman blog http://palestinefolder.blogspot.com

Thursday, April 9, 2009

CPU AMD atau Intel?



Pikom PC Fair dijadualkan akan diadakan pada 10 hingga 12 April 2009 ini di tempat biasa KLCC Convention Centre. Semestinya PC Fair akan menjadi perhatian anak-anak muda terutama dikalangan mahasiswa untuk mendapatkan gajet-gajet IT. Antara yang paling menjadi tumpuan ialah bagi mereka yang ingin mendapatkan Laptop. Tetapi, ramai dikalangan kita masih tertanya-tanya apakah spesifikasi yang bagus bagi sesebuah laptop selaras dengan bajet mereka. Apakah spesifikasi yang perlu dititikberatkan? Adakah prosesor?kapasiti hardisk?ram? saiz laptop? Namun begitu, yang paling ketara memeningkan kepala bagi pembeli ialah untuk memilih pemprosesan (prosesor @ CPU) yang sesuai.

Hari ini, persaingan sengit antara pembuat prosesor iaitu Intel dan AMD sedikit sebanyak telah memeningkan pengguna untuk memilih apakah prosesor yang terbaik dengan keperluan mereka. Secara umumnya, untuk memilih sebuah laptop, banyak aspek yang perlu diambil kira. Pada ruangan kali ini, saya hanya akan cuba mengulas perbandingan antara dua jenis prosesor iaitu AMD dan Intel.

HARGA
Intel – Mahal
AMD - Lebih murah

OVERHEAT/PANAS
Intel – maintain
AMD - dulu lebih panas daripada Intel. Tapi sekarang dah ok

PENGGUNAAN BATERI
Intel – Efisien
AMD - kurang efisien (makan kuat sikit bateri berbanding Intel)

GRAFIK
Intel – Biasa
AMD - Lebih baik dan berkualiti kerana biasanya laptop AMD didatangkan dengan NVidia/Ati graphic card. (harga pun lebih murah)

Itu adalah antara perbandingan secara kasar antara kedua-dua prosesor ini melalui pengalaman saya.


Cadangan saya :Jika anda inginkan sebuah laptop yang berkemampuan tinggi dengan harga yang murah, maka AMD adalah laptop yang sesuai. Jika anda seorang pelajar jurusan kejuruteraan atau IT yang banyak menggunakan program grafik yang tinggi (cth:autoCAD) dan banyak membuat pengaturcaraan, maka AMD juga merupakan pilihan anda. Jika anda juga seorang kaki Game dan suka menggodek grafik, AMD juga pilihan anda. Namun, jika anda mahu sebuah laptop yang lasak dan agak stabil untuk penggunaan biasa, maka Intel sesuai dengan anda. (ramai org kata Intel utk business use). Dan jika anda merupakan seorang yang menyahut seruan Boikot Yahudi, maka AMD lebih sesuai dengan prinsip anda tersebut.

Apapun, semua itu bergantung kepada pilihan anda. Akhir sekali nasihat saya, sama ada AMD mahupun Intel, pilihlah prosesor yang 2.0 GHz keatas kerana performancenya tentunya membuatkan anda lebih berpuas hati. SELAMAT BERKUNJUNG KE PIKOM PC FAIR!!

Thursday, March 12, 2009

E-book Agama Utk Dikongsi Bersama




Setelah penat membaca product2 yg kompeni baru tempat saya bekerja ni..maka mulalah gatal2 tangan nak surfing plak..tetiba terjumpa la link yang dikongsi oleh seorang sahabat di ruang shoutbox wesite PMIUPM http://pmiupm.org . Setelah dibuka link tersebut, banyak jugak la e-book yg boleh didownload untuk kebaikan bersama. So, suka la saya disini untuk kongsi juga bersama link tersebut untuk kebaikan kita bersama. Download dan bacalah untuk kesihatan minda kita ye..terima kasih kepada pengongsi link tersebut. Semoga anda mendapat kebaikan daripada usaha murni anda itu.

link download --> DOWNLOAD EBOOK DISINI!

"Buat Baik Dibalas Baik"

Tuesday, March 10, 2009

Rasulullah di mata Barat




Tahun ini, sekali lagi sambutan kelahiran Nabi Muhammad disambut oleh seluruh umat Islam. Di Malaysia, perarakan membawa sepanduk serta berselawat ke atas junjungan baginda sudah menjadi rutin. Pelbagai pandangan umum terhadap Nabi junjungan kita di seluruh dunia..ada yang memuji tak kurang juga yang sengaja membuat provokasi untuk menyebarkan dakyah propaganda terutamnaya di sebelah barat. baru-baru ini negara dikejutkan dengan blog seorang gadis yang dikatakan menghina nabi Muhammad. Sehingga hari ini, kes tersebut kian sepi sesepi umat melayu kita seolah-olah sudah lupa peristiwa tersebut. Itu merupakan salah satu daripada pandangan masyarakat terutamanya bagi non-muslim. Namun ada juga cendekiawan yang mengkaji peribadi Rasulllah secara telus dan adil. Antaranya sejarwan tersohor Hart dari Eropah.

Menurut Hart, ramai tokoh hebat lahir dan membesar ketika kemuncak tamadun dan budaya dunia, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.AW lahir pada tahun 570 di Mekah yang ketika itu mundur, jauh dari pusat-pusat perdagangan, kesenian dan pendidikan pelbagai ilmu. Antara lain Hart turut berpandapat: “Saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya meraih kejayaan-kejayaan luar biasa sama ada dalam ukuran agama mahupun ruang duniawi.”

Nabi Muhammad juga turut diakui oleh profesor sejarah Amerika, Richard Fletcher dalam The Cross and the Crescent (2007) yang menukilkan Islam yang dibawa baginda berjaya membawa pengaruh yang jauh lebih besar berbanding kerajaan Romawi yang telah lama wujud sebelum kemunculan agama suci itu. Manakala sarjana Perancis, Monsieur John Serou pula dalam bukunya History of Muhammad (2006) menyatakan bila bertambah penyelidikan manusia tentang perjalanan hidup Nabi Nuhammad s.a.w, nescaya orang akan mengetahui dan dapat memecahkan persoalan yang menjadi sebab beberapa juta hamba Allah memeluk agama Islam pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang.

Selanjutnya menurut Mazlan Nordin (2008) bahawa dalam buku Genius karya Harold Bloom, tokoh pengkritik sastera keturunan Yahudi itu ada menyebut: “Tiada orang lain dalam sejarah manusia menyampaikan kepada kita firman Tuhan. Kita tidak boleh bersantai manakala membaca Quran atau melafaz ayat-ayatnya, sama ada bersendirian atau bersama orang-orang lain.” Beliau juga berpendapat hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan wujudnya era Islam.

Bagi sarjana Bangladesh, Golam Choudhury yang juga bekas sarjana Universiti Columbia di New York dalam amsa yang sama berpendapat Nabi Muhammad bukan saja ketua agama tetapi juga pemimpin politik, negarawan dan pentadbir yang hebat dan dalam melaksanakan tugas-tugasnya baginda terpaksa melakukan kempen ketenteraan bagi melindungi Islam dan menyertai rundingan-rundingan diplomatik. Selanjutnya sarjana Britain, Karen Amstrong pula misalnya dalam hal ini menulis dengan begitu lengkap tentang ketokohan, kepimpinan dan citra agung Rasulullah dalam bukunya Muhammad: A Prophet For Our Time (2006).

Bagi Arthur Glyn Leonard juga menyatakan: “Untuk mengerti Muhammad atau jiwa Islam dengan sempurna, orang harus tahu lebih dahulu bahawa Muhammad bukan hanya pengembara biasa yang menghabiskan umur melainkan satu daripada orang yang paling setia, jujur dan sungguh-sungguh dari setiap masa dan zaman.” Manakala A.C. Bonquet di dalam Comparative Religion menyatakan bahawa, “Muhammad berhasil memajukan umatnya dan mengembangkan ke seluruh wilayah Timur Tengah idaman siasah dan sosial yang lebih luas, lebih segar dan lebih matang daripada Byzantine. Ia menjauhi kemewahan, ia hidup dengan prinsip hemat dan menjauhi ketamakan. Ia terkenal kerana tindakan-tindakannya yang sederhana. Ia melakukan tugas kemanusiaan dengan tangannya sendiri.”

Menurut Talib Samat (2007), kajian dan penulisan ilmiah lain yang ditulis dalam bahasa Inggeris juga cukup banyak seperti The Living Thoughts of the Prophet Muhammad oleh Maulana Muhammad Ali (1992); Muhammad the Prophet oleh Sirdar Ikbal Ali Shah (1992); Muhammad: Messenger of Allah oleh Syaikh Abdal Qadir AS-Sufi Al-Murabit (1992); Muhammad The Best of Humanity oleh F.M Nadeem Bari; The Life of Muhammad oleh Muhammad Husein Haykal (1993); The Life of the Prophet oleh Abu Muhammad Abdal Malik Hisham (1990); Who Was Mohammed oleh Safdar Hosain (1979); Muhammad His Life Based On The Earliest Source oleh Martin Lings (Abu Bakar Sirajuddin) dan Muhammad: His Life and Mission serta banyak lagi.

Walaupun ramai sarjana dan pemikir Barat begitu menyanjungi Nabi Muhammad, namun tidak kurang juga yang berdendam dan gemar memburukkan keperibadian baginda seperti mana yang dilakukan oleh William Muir dalam A Life of Muhammad (1851) di mana Rasulullah s.a.w dituduh sebagai utusan syaitan yang mana dalam buku tersebut juga baginda disebut sebagai Mahound atau roh jahat yang menyebarkan agama Islam melalui kekerasan dan kegiatan seksual. Muir mengatakan: "Pedang Muhammad dan al-Quran adalah musuh paling berbahaya bagi peradaban, kebebasan, dan kebenaran yang dijunjung tinggi oleh dunia yang beradab!"

Tidak cukup setakat itu dan selepas 130 tahun terbitan buku berkenaan, muncul pula anak didik Muir iaitu Salman Rushdi yang mengempar dunia pada akhir 1980-an dengan buku kontroversinya The Satanic Verses yang begitu rakus menghina dan mengeji ajaran Islam, seluruh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda sehinggakan pemimpin tertinggi Iran ketika itu iaitu Imam Khomeini telah mengeluarkan fatwanya bahawa Salman perlu dihukum bunuh dalam apa jua keadaan sekalipun dan fatwa tersebut terpakai sehingga ke hari ini.

Rujukan

Laman web:
http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=369
http://ummahonline.wordpress.com/2007/02/08/menghayati-kemanusiaan-rasulullah/
http://mohamadsofee.blogspot.com/

Friday, February 6, 2009

Itulah Politik Tiada Malu (Zaharuddin.net)



Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.

Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘tadika'. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan memalukan. Orang kata, ITULAH POLITIK!

Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘kurang aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar....Baca Lagi