Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Tuesday, May 26, 2009

Palestine’s Folder : Folder umat Muslim


Setelah sekian lama menyepi daripada mengemaskini laman blog ini, kali ini saya akan prebiukan sebuah laman blog yang tidak kurang pentingnya bagi kita yang bergelar muslim. Krisis penjajahan serta penindasan warga Palestin oleh kaum Yahudi sememangnya sudah sedia maklum. Saban tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan berita keganasan Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Bagi generasi millenia, akses kepada maklumat yang begitu mudah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, masih ramai tidak mendapat maklumat secukupnya tentang krisis di Palestin. Lebih daripada itu, tidak keterlaluan jika saya gambarkan bahawa masih ramai umat muslim khususnya di Malaysia tidak mengetahui secara terperinci tentang punca berlakunya krisis ini.

Dalam merungkai persoalan tersebut, W. A. Amir Zal, pengkaji Konspirasi Yahudi Antarabangsa tampil dengan pendekatan ‘blogging’ untuk membentangkan kepada umum sebahagian hasil kajian beliau tentang sejarah krisis Palestin sekaligus mendedahkan konspirasi Yahudi Antarabangsa. Walaupun input yang disajikan oleh moderator amat berat, namun beliau dilihat telah mencuba sedaya upaya untuk mengambil pendekatan yang paling senang dan santai dalam menyajikan fakta-fakta sejarah serta kronologi sebelum dan selepas peristiwa penjajahan haram Yahudi ke atas bumi suci Palestin.

Dengan menggunakan ‘Blogspot’ sebagai laman host, template yang ringkas menjadi pilihan moderator untuk laman blog tersebut. Ruang serta fungsi yang disediakan digunakan sebaiknya oleh beliau telah berjaya mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung yang pertama sekali mengunjungi laman beliau. Tempelan video-video serta foto-foto yang menarik sebagai bahan sokongan terhadap sesuatu isu yang dibincangkan menambahkan lagi minat pembaca untuk mendalami penulisan beliau.

Namun begitu, ketika ulasan ini ditulis, masih terdapat beberapa kekurangan pada laman blog beliau ini. Memandangkan isu yang cuba dibawa antara isu penting umat muslim masa kini, wajarlah sekiranya beliau menarik minat pembaca baru dengan header yang lebih menarik dan lebih segar, sesuai dengan tajuk blog ini; Palestine Folder. Selain daripada itu, moderator juga seharusnya menghadkan paparan artikel beliau kepada beberapa sahaja dalam satu halaman.(mungkin maksima 5 artikel sahaja dlm satu page). Beliau juga boleh menggunakan RSS Feed bagi memudahkan pembaca melihat senarai-senarai artikel yang sebelumnya jika tiada dalam halaman utama. Apapun, tahniah kepada moderator atas usaha beliau cuba member gambaran sebenar serta terkini tentang apa yang berlaku di salah satu tanah suci umat Islam. Semoga usaha beliau ini mendapat berkat dan pertolongan Allah s.w.t. Jangan lupa layari laman blog http://palestinefolder.blogspot.com