Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Thursday, March 12, 2009

E-book Agama Utk Dikongsi Bersama




Setelah penat membaca product2 yg kompeni baru tempat saya bekerja ni..maka mulalah gatal2 tangan nak surfing plak..tetiba terjumpa la link yang dikongsi oleh seorang sahabat di ruang shoutbox wesite PMIUPM http://pmiupm.org . Setelah dibuka link tersebut, banyak jugak la e-book yg boleh didownload untuk kebaikan bersama. So, suka la saya disini untuk kongsi juga bersama link tersebut untuk kebaikan kita bersama. Download dan bacalah untuk kesihatan minda kita ye..terima kasih kepada pengongsi link tersebut. Semoga anda mendapat kebaikan daripada usaha murni anda itu.

link download --> DOWNLOAD EBOOK DISINI!

"Buat Baik Dibalas Baik"

Tuesday, March 10, 2009

Rasulullah di mata Barat




Tahun ini, sekali lagi sambutan kelahiran Nabi Muhammad disambut oleh seluruh umat Islam. Di Malaysia, perarakan membawa sepanduk serta berselawat ke atas junjungan baginda sudah menjadi rutin. Pelbagai pandangan umum terhadap Nabi junjungan kita di seluruh dunia..ada yang memuji tak kurang juga yang sengaja membuat provokasi untuk menyebarkan dakyah propaganda terutamnaya di sebelah barat. baru-baru ini negara dikejutkan dengan blog seorang gadis yang dikatakan menghina nabi Muhammad. Sehingga hari ini, kes tersebut kian sepi sesepi umat melayu kita seolah-olah sudah lupa peristiwa tersebut. Itu merupakan salah satu daripada pandangan masyarakat terutamanya bagi non-muslim. Namun ada juga cendekiawan yang mengkaji peribadi Rasulllah secara telus dan adil. Antaranya sejarwan tersohor Hart dari Eropah.

Menurut Hart, ramai tokoh hebat lahir dan membesar ketika kemuncak tamadun dan budaya dunia, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.AW lahir pada tahun 570 di Mekah yang ketika itu mundur, jauh dari pusat-pusat perdagangan, kesenian dan pendidikan pelbagai ilmu. Antara lain Hart turut berpandapat: “Saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya meraih kejayaan-kejayaan luar biasa sama ada dalam ukuran agama mahupun ruang duniawi.”

Nabi Muhammad juga turut diakui oleh profesor sejarah Amerika, Richard Fletcher dalam The Cross and the Crescent (2007) yang menukilkan Islam yang dibawa baginda berjaya membawa pengaruh yang jauh lebih besar berbanding kerajaan Romawi yang telah lama wujud sebelum kemunculan agama suci itu. Manakala sarjana Perancis, Monsieur John Serou pula dalam bukunya History of Muhammad (2006) menyatakan bila bertambah penyelidikan manusia tentang perjalanan hidup Nabi Nuhammad s.a.w, nescaya orang akan mengetahui dan dapat memecahkan persoalan yang menjadi sebab beberapa juta hamba Allah memeluk agama Islam pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang.

Selanjutnya menurut Mazlan Nordin (2008) bahawa dalam buku Genius karya Harold Bloom, tokoh pengkritik sastera keturunan Yahudi itu ada menyebut: “Tiada orang lain dalam sejarah manusia menyampaikan kepada kita firman Tuhan. Kita tidak boleh bersantai manakala membaca Quran atau melafaz ayat-ayatnya, sama ada bersendirian atau bersama orang-orang lain.” Beliau juga berpendapat hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan wujudnya era Islam.

Bagi sarjana Bangladesh, Golam Choudhury yang juga bekas sarjana Universiti Columbia di New York dalam amsa yang sama berpendapat Nabi Muhammad bukan saja ketua agama tetapi juga pemimpin politik, negarawan dan pentadbir yang hebat dan dalam melaksanakan tugas-tugasnya baginda terpaksa melakukan kempen ketenteraan bagi melindungi Islam dan menyertai rundingan-rundingan diplomatik. Selanjutnya sarjana Britain, Karen Amstrong pula misalnya dalam hal ini menulis dengan begitu lengkap tentang ketokohan, kepimpinan dan citra agung Rasulullah dalam bukunya Muhammad: A Prophet For Our Time (2006).

Bagi Arthur Glyn Leonard juga menyatakan: “Untuk mengerti Muhammad atau jiwa Islam dengan sempurna, orang harus tahu lebih dahulu bahawa Muhammad bukan hanya pengembara biasa yang menghabiskan umur melainkan satu daripada orang yang paling setia, jujur dan sungguh-sungguh dari setiap masa dan zaman.” Manakala A.C. Bonquet di dalam Comparative Religion menyatakan bahawa, “Muhammad berhasil memajukan umatnya dan mengembangkan ke seluruh wilayah Timur Tengah idaman siasah dan sosial yang lebih luas, lebih segar dan lebih matang daripada Byzantine. Ia menjauhi kemewahan, ia hidup dengan prinsip hemat dan menjauhi ketamakan. Ia terkenal kerana tindakan-tindakannya yang sederhana. Ia melakukan tugas kemanusiaan dengan tangannya sendiri.”

Menurut Talib Samat (2007), kajian dan penulisan ilmiah lain yang ditulis dalam bahasa Inggeris juga cukup banyak seperti The Living Thoughts of the Prophet Muhammad oleh Maulana Muhammad Ali (1992); Muhammad the Prophet oleh Sirdar Ikbal Ali Shah (1992); Muhammad: Messenger of Allah oleh Syaikh Abdal Qadir AS-Sufi Al-Murabit (1992); Muhammad The Best of Humanity oleh F.M Nadeem Bari; The Life of Muhammad oleh Muhammad Husein Haykal (1993); The Life of the Prophet oleh Abu Muhammad Abdal Malik Hisham (1990); Who Was Mohammed oleh Safdar Hosain (1979); Muhammad His Life Based On The Earliest Source oleh Martin Lings (Abu Bakar Sirajuddin) dan Muhammad: His Life and Mission serta banyak lagi.

Walaupun ramai sarjana dan pemikir Barat begitu menyanjungi Nabi Muhammad, namun tidak kurang juga yang berdendam dan gemar memburukkan keperibadian baginda seperti mana yang dilakukan oleh William Muir dalam A Life of Muhammad (1851) di mana Rasulullah s.a.w dituduh sebagai utusan syaitan yang mana dalam buku tersebut juga baginda disebut sebagai Mahound atau roh jahat yang menyebarkan agama Islam melalui kekerasan dan kegiatan seksual. Muir mengatakan: "Pedang Muhammad dan al-Quran adalah musuh paling berbahaya bagi peradaban, kebebasan, dan kebenaran yang dijunjung tinggi oleh dunia yang beradab!"

Tidak cukup setakat itu dan selepas 130 tahun terbitan buku berkenaan, muncul pula anak didik Muir iaitu Salman Rushdi yang mengempar dunia pada akhir 1980-an dengan buku kontroversinya The Satanic Verses yang begitu rakus menghina dan mengeji ajaran Islam, seluruh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda sehinggakan pemimpin tertinggi Iran ketika itu iaitu Imam Khomeini telah mengeluarkan fatwanya bahawa Salman perlu dihukum bunuh dalam apa jua keadaan sekalipun dan fatwa tersebut terpakai sehingga ke hari ini.

Rujukan

Laman web:
http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=369
http://ummahonline.wordpress.com/2007/02/08/menghayati-kemanusiaan-rasulullah/
http://mohamadsofee.blogspot.com/

Friday, February 6, 2009

Itulah Politik Tiada Malu (Zaharuddin.net)



Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.

Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘tadika'. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan memalukan. Orang kata, ITULAH POLITIK!

Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘kurang aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar....Baca Lagi

Tuesday, November 25, 2008

Apa unsur diri anda?

Sebagai langkah untuk menjadikan laman aremaf2u ini laman yang berinfomatif, kali ini saya memaparkan beberapa info yang mungkin berguna untuk panduan kita semua. jom baca dulu...

Kedudukan dalam keluarga sebenarnya boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.

Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

p/s : Artikel ni ambil dari e-mail utk dikongsi bersama, kebenarannya xdapat dipastikan.. Terima kasih.