Sebagai langkah untuk menjadikan laman aremaf2u ini laman yang berinfomatif, kali ini saya memaparkan beberapa info yang mungkin berguna untuk panduan kita semua. jom baca dulu...
Kedudukan dalam keluarga sebenarnya boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.
Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
p/s : Artikel ni ambil dari e-mail utk dikongsi bersama, kebenarannya xdapat dipastikan.. Terima kasih.
Tuesday, November 25, 2008
Friday, October 31, 2008
INGAT DAN INSAFILAH MATI
Rasanya telah sekian lama saya xupdate blog ni.. maaflah, banyak kerja yang perlu disetelkan..tambahan pula berada di final exam week dan juga ada interview dengan 2 buah syarikat...tak pe la, dikesempatan hari ni nak la saya kongsikan sebuah lagu dan video klip yang saya kira agak menyentuh hati perasaan serta sanubari...
Klip video ini penyanyi asalnya ialah seorang penyanyi arab. Tapi nak bagi nampak nasional sket, saya pilih video klip yg telah digantikan dengan nyanyian Ust. Akill Hayy..jom,hayatilah melodi dan liriknya semoga kita dapat manfaat daripada video klip ini..
"setiap yang hidup pasti menemui mati"
Klip video ini penyanyi asalnya ialah seorang penyanyi arab. Tapi nak bagi nampak nasional sket, saya pilih video klip yg telah digantikan dengan nyanyian Ust. Akill Hayy..jom,hayatilah melodi dan liriknya semoga kita dapat manfaat daripada video klip ini..
"setiap yang hidup pasti menemui mati"
Labels:
prebiu
Monday, October 13, 2008
Bila RM50 berjumpa RM1
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

RM1 :Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?
RM50 :Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
RM1 :Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..surau, masjid, surau… (dengan rendah diri dan tersipu-sipu malu)
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid Or surau, tambah la sikit..
RM1 :Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?
RM50 :Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
RM1 :Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..surau, masjid, surau… (dengan rendah diri dan tersipu-sipu malu)
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid Or surau, tambah la sikit..
Labels:
liburan
Friday, October 10, 2008
Fahami Krisis Ekonomi US (ust. Zaharuddin)
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.
Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.
Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..
baca seterusnya-->
Labels:
info
Subscribe to:
Posts (Atom)