Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Link to this page Carian dengan Google

Friday, September 26, 2008

Berjayakah "KafAlifMim" mendaki puncak?



‘Kafa-Lif-Mim’ sekali tengok, itulah sebutan yang kita akan baca url blog ini. Namun hakikatnya, sebutan yang betul adalah mengikut tulisan jawi iaitu ‘kaf-alif-mim’. ‘Kam’ begitulah bacaan yang sebetul-betulnya. Tidak pernah pula saya bertanya tentang kenapa nama itu yang dipilih sebagai trade mark blog beliau, tapi dari naluri kecil saya dapat mengagak yang nama url ini dipilih berdasarkan nama beliau yang lebih senang dipanggil “Kak Kam”.

Penulis blog ini sebenarnya merupakan senior saya dalam PMIUPM yang kini juga rakan sekerja sambilan saya di kedai ADE. Apa yang menariknya dalam blog beliau ialah penulisan yang dicetuskan cukup menarik sekali. Susunan ayat dan itonasi yang ditintakan dalam tulisan beliau dapat mengajak pembaca sama-sama melalui pengalaman yang beliau alami. “Mendaki Puncak Cinta Teragung”, begitulah tagline yang digunakan beliau yang bagi menggambarkan isi hati dan pembawaan beliau dalam menjayakan blog beliau ini.

Susunan dekorasi yang simple tapi sedap mata memandang akan menghiburkan lagi para pengikut blog beliau. Isi kandungan yang saya kira lebih banyak kepada perkongsian pengalaman dan informasi amat baik bagi pembaca-pembaca untuk mengambil sedikit sebanyak teladan sebagai pedoman. Dengan itu semoga usaha murni beliau ini akan dapat diteruskan sehingga akhir hayat walaupun pembaca sekalian sedar akan tanggungjawab yang lebih berat yang perlu dipikul beliau dalam mendaki puncak cinta teragung yang sememangnya lebih penat dari mendaki puncak Kinabalu. Kepada para pembaca sekian, jangan lupa untuk singgah di laman blog yang saya kira agak unik ini di http://kafalifmim.blogspot.com.

No comments: